KEPENTINGAN IBADAH PUASA
Kita berlindung dengan ALLAH daripada kerugian demikian.
Oleh: Fadzila Azni @ Sukainah At Thahirah Ahmad
Assalamu'alaikum wrh.
Ibadah puasa adalah termasuk dalam rukun
Islam. Ini bermakna puasa termasuk ibadah yang terpokok. Yang menjadi perkara
asas untuk membina peribadi Muslim. Apa yang ada pada puasa hingga dipilih
ALLAH untuk masuk senarai rukun Islam? Mula-mula orang yang ingin pada Islam
disuruh buat pengakuan dan kesaksian keyakinannya pada ALLAH dan Rasul: "Aku
naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh
ALLAH."
Pengakuan ini kemudian disuruh buktikan
melalui sembahyang. Berbagai ikrar, janji dan harapan kita bisikkan kepada
ALLAH sewaktu sembahyang demi membuktikan kita taat tunduk (rukuk dan sujud) kepada-Nya.
Menyatakan kerelaan fizikal dan mental kita menyerah diri kepada ALLAH.
Menajamkan rasa
kehambaan di dalam hati dan menyuburkan rasa
berTuhan di dalam jiwa.
Ibadah puasa jatuh nombor ketiga iaitu
selepas ibadah sembahyang. Maksudnya, selepas membuat pengakuan taat setia,
maka kita diuji dengan suatu perintah aneh iaitu puasa. Kita tidak dibenarkan
makan disiang hari selama sebulan sekalipun lapar dan makanan ada dihadapan
mata. Ertinya ALLAH mahu mendidik kita untuk
susah, berletih lesu, menahan keinginan
pada sesuatu sekalipun ia ada di hadapan mata. Bukankah itu aneh? Orang yang
jahil dan kurang faham akan menganggap ia
sebagai suatu penyiksaan dan bebanan
lantaran itu berlalunya Ramadhan disambut dengan riang. Apa sebenarnya yang
ALLAH kehendaki dari puasa?
Menahan keinginan terhadap sesuatu yang
kita ingini adalah sesuatu yang perlu dan penting. Istilah kecewa atau frust
lahir dari seseorang yang tidak dapat
menahan hati dari keinginan yang tidak
tercapai. Dan kecewa adalah penyakit lumrah dalam masyarakat kini. Terkadang
penyakit kecewa boleh membawa manusia kepada pelbagai lagi penyakit-penyakit
jiwa yang lain.
Dan ini akan terus berlaku sebab kehidupan
manusia selalunya terlalu banyak keinginan-keinginan yang tidak tercapai. Walau
betapa bijak, kaya dan berkuasa
seseorang itu, dia tentu tidak dapat
menolak taqdir ALLAH. ALLAH sudah tentukan bahawa tiap manusia itu akan diuji.
Tidak tahu sabar adalah suatu kekurangan
yang merbahaya. Terlalu banyak perkara di dalam kehidupan yang meminta agar
kita dapat berlaku sabar. Di dalam
menunaikan perintah-perintah ALLAH, di
dalam menghadapi musibah dan kesabaran yang paling utama adalah bersabar di
dalam meninggalkan
larangan-larangan ALLAH lahir dan bathin.
Imam Bukhari ketika bermunajat dengan ALLAH berbisik-bisik:- "Bukan aku tidak sabar dengan ujian-Mu ya ALLAH, cuma hendak mengadu pada Mu, tempat aku kembali nanti. Memohon ketenangan, keampunan dan mutmainnah."
Imam Bukhari ketika bermunajat dengan ALLAH berbisik-bisik:- "Bukan aku tidak sabar dengan ujian-Mu ya ALLAH, cuma hendak mengadu pada Mu, tempat aku kembali nanti. Memohon ketenangan, keampunan dan mutmainnah."
Begitulah seharusnya hati orang Mukmin
tatkala berhadapan dengan persoalan hidup. Mereka tunduk dan patuh kepada
kehendak ALLAH kerana merasakan
segala-gala yang berlaku adalah dengan
keizinan dan kemahuan ALLAH. Malah mereka memuji-muji ALLAH kerana Maha
Bijaksana dan Maha Adil-Nya melakukan kejadian itu. Kalau ujian berupa nikmat,
mereka bersyukur bersama airmata kesyukuran dan kalau berupa kesusahan, mereka
bersabar dan redha bersama airmata kesabaran.
UNTUK TUJUAN INILAH PUASA ITU
DIPERINTAHKAN. ALLAH TENTUKAN KEHIDUPAN DI DUNIA ADALAH PERGILIRAN NIKMAT
DAN UJIAN. DAN KEBAHAGIAAN SEBENAR IALAH
PADA MEREKA YANG BOLEH BERSYUKUR DAN BERSABAR. SEBAB ITU ALLAH
MAHU DIDIK MANUSIA KE ARAH ITU.
Bila kita berpuasa bererti kita mengajak
diri kita bersabar terhadap keinginan kerana ALLAH, bukan kerana lain-lain. Dan
kalau ini dilatih, dibiasakan selama
sebulan, ertinya kita membuat latihan jiwa
untuk bersabar, untuk patuh menanggung kesusahan kerana
ALLAH.
Jiwa yang apabila berhadapan dengan
kejadian yang malang, kecewa, hampa, susah dan kegagalan akan tunduk dan sabar
dengan ALLAH, kerana ALLAH. Kita boleh berikhtiar untuk elakkan kemalangan itu
tapi bukan dengan hati yang panas, marah-marah dan memberontak. Sebaliknya
kesabaran menghadapi ujian semakin meningkatkan rasa kehambaan di dalam hati
kerana merasakan lemahnya dia untuk menolak taqdir dan kuasa ALLAH. Inilah jiwa
yang tenang.
Seseorang yang merasakan puasanya selama
ini tidak membuatkan jiwanya mahu bersabar dengan keinginan yang tidak
tercapai, kesusahan dan kegagalan, samalah dengan orang yang tidak berpuasa.
Maka kalau puasa tidak membuahkan akhlak yang mulia dengan ALLAH dan sesama
manusia, maka jadilah puasa itu sepertimana sabda Rasulullah; "Tidaklah
diperolehi apa-apa dari puasa itu melainkan hanya lapar dan dahaga."
Kita berlindung dengan ALLAH daripada kerugian demikian.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment
Berkomentarlah dengan santun