PETIKAN DARIPADA SEDIA HADAPI AMALAN
PUASA
Oleh: Abdullah Abd. Rahman
Sunat-sunat puasa
* Makan sahur serta mentakhirkannya.
* Segera berbuka dan sunat berbuka dengan
buah tamar atau benda-benda yang manis atau air. Buah tamar adalah makanan yang
terbaik dari segi agama dan
kesihatan dan jika tiada buah tamar
berbukalah dengan air kerana ia dapat menyegarkan badan.
* Berdoa setelah berbuka - Rasulullah s.a.w
berdoa setelah berbuka dengan ucapan, mafhumnya, Wahai Tuhanku aku telah
berpuasa untukmu dan aku telah
berbuka dengan rezeki kurniaanmu.
* Mengkadakkan jamuan berbuka puasa –
Menjamu orang-orang berbuka puasa adalah satu kebajikan.
Wajib imsak
Imsak bererti menahan diri dari makan dan
minum mulai terbit fajar hingga terbenam matahari, seseorang Islam itu wajib
berimsak (menahan diri) walaupun mereka
tidak berpuasa ataupun puasanya telah
terbatal oleh beberapa sebab.
Mereka yang wajib berimsak
* Orang yang masih menyangka hari berkenaan
masih 30 Syaaban, kemudian disedari telah satu Ramadan.
* Orang yang meninggalkan puasanya dengan
sengaja. Orang yang tidak berniat pada malamnya dan tidak pula berniat puasa
sebulan Ramadan.
* Orang yang berbuka kerana menyangka telah
masuk waktu berbuka (Maghrib) rupa-rupanya masih siang.
Tidak wajib imsak
* Mereka yang dalam perjalanan (musafir)
ketika sampai ke tempat yang dituju.
* Kanak-kanak yang hampir baligh.
* Orang kafir ketika masuk Islam.
* Orang gila ketika sembuh.
* Orang yang sakit ketika sembuh.
Adab ketika berpuasa
Perkara-perkara di bawah adalah sangat
dituntut kepada umat Islam seluruhnya apatah lagi di waktu mana kita sedang
mengerjakan ibadat puasa, antara tuntutan itu ialah:
* Menanamkan rasa penuh harap, segala
amalan kita mudah-mudahan diterima baik oleh Allah.
* Mengurangkan makan dan minum ketika
berbuka dan sahur.
* Mengelakkan diri apa-apa sahaja yang
boleh membatalkan puasa.
* Mengurangkan tidur di siang hari.
* Hendaklah kita selalu mengingatkan
bencana dan balasan Allah di akhirat.
* Menjauhkan diri dari mengumpat, mencerca,
mencela, mencaci, maki hamun, berbohong serta mencarut dan apa-apa sahaja
perkataan yang kotor dan berbau busuk dan hina didengar telinga.
ABDULLAH ABD. RAHMAN ialah seorang
pendakwah bebas.
No comments:
Post a Comment
Berkomentarlah dengan santun